Kita sama-sama fikir

Amat diharapkan agar anda dapat berkongsi pendapat dengan memberikan komen, agar sama-sama kita boleh berkongsi pendapat dan pandangan

Wednesday, 17 August 2011

Dunia kecam tindakan Israel

Dunia kecam tindakan Israel


2011/08/18

Langkah perluas penempatan Yahudi dianggap sabotaj usaha damai

NEW YORK: Kuartet rundingan damai Asia Barat, Amerika Syarikat, Russia, Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin menyelar tindakan Israel untuk meluaskan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan menyifatkannya mengancam usaha damai.
EU juga mendesak Israel menamatkan sekatan terhadap Ibu Pejabat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), iaitu Orient House. Kecaman terbaru ke atas Israel dibuat ketika di tengah usaha hebat oleh wakil khas kuartet Tony Blair memperhebatkan usaha untuk membawa Palestin dan Israel kembali ke dalam rundingan secara bersemuka.
“Kuartet amat bimbang dengan pengumuman terbaru Israel untuk meneruskan rancangan membina unit perumahan di Ariel dan Baitulmaqdis Timur,” kata keempat-empat negara itu dalam satu kenyataan.

“Ia berlaku ketika keadaan yang semakin kritikal dengan usaha Kuartet untuk meneruskan rundingan menjadi satu-satunya cara untuk penyelesaian adil dalam konflik,” tambah kenyataan itu.

Israel Isnin lalu meluluskan pembinaan 277 rumah baru di Ariel, sebuah penempatan Yahudi di Tebing Barat, menjadikan lebih 2,700 penempatan baru diluluskan sejak dua minggu lalu.

Rancangan perluasan itu menimbulkan kemarahan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang menghentikan rundingan langsung sejak Israel menamatkan perjanjian membekukan pembinaan penempatan Yahudi September tahun lalu.
Israel, bagaimanapun menolak kritikan antarabangsa dan menegaskan bahawa penempatan itu bukan satu halangan terhadap rundingan damai secara terus.

“Palestin berunding banyak kali bila penempatan itu wujud,” kata Duta Israel ke PBB , Ron Prosor.

“Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu membekukan penempatan ketika Palestin menunggu sembilan bulan untuk kembali ke meja rundingan,” katanya.

Kedua-dua pihak terbabit dalam konfrontasi diplomatik terbaru apabila presiden Palestin Mahmud Abbas bersiap sedia untuk mendapatkan penyertaan penuh sebagai anggota penuh pada Perhimpunan Agung PBB September ini. – AFP

copyright to bharian

No comments:

Post a Comment